Sunday, January 15, 2012

RESIPI : KEK LAPIS JEJAK RASUL


Assalamualaikum..mari kita belajar memasak pula..hehe..firstly, minta maaf sbb measurement dlm resipi ni agak pelik..ade guna gelas..haha..resipi ni agak turun temurun, so ikut measurement 'org lama'.. yg ni pun, actually sy ada modified sikit sukatan..so, silakan la modify sukatan sikit2 ikut cita rasa anda.nk manis lebih ke, horlick lebih ke ape ke kan.sikit je, byk sgt t jd lain pulak jgn slhkn resipi sy.hehe :)

BHN2:

10 biji telur (asingkn putih dan kuning telur)
240 g mentega (dibahagi dua, 120g utk bhgn A, dan selebih nya utk bhgn B)
1 gelas Horlick
3 sudu makan serbuk Roti Marie (hancurkn biskut marie sampai jd cam serbuk)
1/2 tin susu manis
1/2 gelas tepung gandum
1 sudu makan Pandan paste
1/2 gelas gula halus

Cara2:

Bhgn A: Lapis bawah

1) Pukul kuning telur dan gula halus sehingga kembang.
2) Kemudian, masukkan mentega (120g) dan pukul sehingga kembang.
3) Masukkan serbuk roti Marie, Horlick dan Pandan paste. Gaul hingga sebati.
4) Kukus sehingga masak.

Bhgn B: Lapis atas

1) Smentara menunggu lapisan atas masak, buat adunan lapisan bawah. Pukul putih telur dan mentega sehingga kembang.
2) Kemudian, masukkan susu manis dan tepung gandum ke dalam adunan.
3) Teruskan menggaul sehingga sedia utk dituangkn d atas kek bhgn A yg sudah masak.
4) Kukus lagi sehingga masak

SIAP! senang sahaja bukan? dan sedap juga!

Selamat mencuba dan terima kasih kerana sudi menjenguk <3

4 comments: