Thursday, September 27, 2012

Hijab Tutorial

Assalamualaikum

update kali ni sbb ade tutorial baruuu..lamenye da x wat aktiviti cani :)

ni inspired dr model n famous blogger yg cun-melecun serta ohsem, fatin suhana itooo.sape x knl an?admire ssgt terhdp drnya yg super gojesss ituu.tq sesgt sbb m'inspire'kn kami semua.tapi yg ni lain sikit. die xpakai pin, tp sy pakai pin n brooch.sbb ntahla..sy jenis yg kkdg malu asyik nk alter2 tudung dpn public.lg2 kat tmpat sy tinggal, pakai pelik sikit mmg org akn pndng pelik kemain.hemm.so, to b safe n especially lau angin sepoi2 bhs dgn slambernya membelai muka dn tudung, xdela tudung tu nnti tpele'ot n rs rimas lak pakai.tudung pon stay je catu smpai balik umh?tp tpulang la ikut keselesaan n cuaca.hehe.pulak dhh


awkward moment..xpaham haku!


lau x jelas, direct trus g utube page.klik je kat title..thx..

Wednesday, September 19, 2012

Cintaku Bukan Cintamu

Bismillahirrahmanirrahim..


... Jika dia yang Engkau catatkan untukku di Lauhul Mahfudz, maka satukanlah hatiku dengan hatinya ...

... Jika bukan dia gerangannya, aku pasrah .. aku redha .. dgn ketentuanMu .. Maka kuatkanlah serta tabahkanlah hatiku untuk menerima takdirMu yang ku pasti telah tertulis dgn penuh kesempurnaan buat hambaMu ini sejak azali lagi ...

Amin Ya Rabbal Alamin ..


4 tahun yang berlalu, baru kini dirasakan begitu lambat dan amat singkat perjalanannya. Entah mengapa aku seolah-olah sudah mengenalinya bertahun-tahun lamanya. Tidak ku duga benih cinta yang mula disemai semenjak perkenalan itu yang telah pun menjadi sepohon pokok yang mekar bunganya, rimbun dedaunannya, teguh akarnya mencengkam lubuk hati dan sanubari .. kini terkulai layu, menantikan saat rebah ke bumi.

Begitu tegar kau menyakiti hati kecil seorang wanita yang sangat tulus menyayangimu, mencintaimu dan menginginkanmu sepenuh hatinya tanpa mengenal erti jemu dan penat. Begitu mudah untuk kau lafazkan ayat berbisa 'aku hanya dapat menganggapmu sebagai adikku dan tidak lebih daripada itu', sedangkan aku di sini sedang tersenyum di dalam air mata, memaksa hati untuk menerima hakikat realiti seperti yang Engkau harapkan dariku. Aku tertanya sendiri pabila engkau memandangku kini, nampakkah akan dikau  kesedihanku dan keperitanku dari sepasang mata yang kini sering dibasahi dengan air mata kekecewaan. Mengertikah dikau akn gejolak perasaan ini yang kini seolah-olah menjadi peneman hidupku di setiap ketika?

Tahukah engkau di sebalik semua yang dirasai pada saat ini, yang tidak pasti di mana penghujungnya, masih lagi ada secebis sinar harapan di dalam sanubariku yang berharap bahawa semua yang ditempuhi pada saat dan ketika ini hanyalah ujian dari-Nya untukku dan semuanya akan ada ganjarannya suatu masa nanti ; kebahagiaan, kasih sayang, cinta yang tidak berbelah bahagi di antara kedua-dua keping hati .. antara aku dan juga engkau .. yang diikat dengan tali pernikahan yang sebenarnya memang telah tertulis buat kita.